Archive | April 24, 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Tarikh    :  27 Januari 2012

Tempat  :  Dewan

Masa     :  3.00 peteng

Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah dilangsungkan dengan amat berjaya. Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini telah diketuai oleh Encik Adnan bin Abdul Rahman. Manakala, Encik Mohd Nazaimi Bin Ngatijah turut merupakan penasihat kepada Encik Adnan.

Visi PIBG sekolah kita ialah sering dan sederap dengan pihak sekolah dalam melahirkan murid yang berilmu, berkeperibadian unggnl dan seimbang bersesuaian dengan moto sekolah. Manakala, misi PIBG adalah sentiasa bersedia menyokong dan membantu pihak sekolah dalam apa jua program untuk kepentingan murid dari segi sasiah, akademik dan kokurikulum. Selain itu, meningkatkan dana sedia ada PIBG melalui penganjuran aktiviti yang boleh menjanakan pendapatan selain sumbangan dari pihak tertentu turut merupakan misi PIBG. Seterusnya, misi yang lain ialah meningkatkan kemesraan sesama ahli dan menyediakan komunikasi serta hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.


Gambar En. Adnan bin Abdul Rahman semasa datang ke sekolah kita~~

 

Cikgu~~kenapa gembira sanggat??bagi tahu saya biar kita ketawa bersama-sama~~ xDD

 

En. Adnan bin Abdul Rahman sedang melancarkan mesyuarat agung tahun ini~~ (cikgu~~cikgu tengah tengok apa??saya pun nak tengok~~)

 

Puan Wong  Nai Nguk sedang menyampaikan laporan beliau~~ (cemerlangnya sekolah kita~~ xDD)

 

Puan Sharifah, PK HEM sedang membacakan laporan sekolah kita~~

 

Encik Baderol, PK Kokurikulum sedang menyampaikan ucapan beliau..

 

Ibu bapa tengah mengemukakan cadangan dan pendapat mereka~~

Majlis Anugerah Kokurikulum 2011

Tarikh : 9 November 2011

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Padang sekolah

Majlis anugerah kokurikulum telah dijalankan dengan lancar serta berjaya setiap tahun dengan kehadiran tetamu kehormat kita, En. Khor Hong Yin, Pengarah Eksekutif Majlis Pendidikan Methodist sebagai perasmi majlis tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menganugerahkan pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aspek kokurikulum dengan menyertai pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan serta antarabangsa. Selain itu, majlis ini diadakan setiap tahun adalah untuk menyemarakkan dan memperkasakan semangat palajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dapat mengharumkan serta mempopularkan nama baik dan imej sekolah di persada antarabangsa.

Para pelajar dan guru yang aktif telah diberi penekanan serta pengharapan yang amat tinggi oleh warga sekolah kita.  Mereka yang telah mencipta kejayaan yang unggul amat dihargai. Pihak sekolah juga mengisytiharkan mereka sebagai tokoh-tokoh kokurikulum sebagai tanda penghargaan terhadap harapan yang telah dicapai.

Tokoh kokurikulum pelajar tahun 2011 ialah Dhaarshynni a/p Duraragh kelas 402. Manakala itu, tokoh kokurikulum staff akademik ialah

 Ketibaan tetamu kehormat En. Khor Hong Yin diiringi bersama-sama mantan Puan Pengetua TMGS.

 

Panjangnya benteng unit uniform kita !

 


Pemeriksaan perbarisan Unit Uniform oleh En. Khor Hong Yin.

 

Ucapan mantan Puan Pengetua, Puan Hajah Noriza binti Dato’ Sulaiman.

Majlis Ikrar Gemilang 2012

Tarikh   : 10 Februari 2012

Tempat : Dewan SMK (P) Treacher Methodist

Masa      : 3.00 petang

Majlis Ikrar Gemilang 2012 telah dilancarkan dengan berjaya atas kerjasama semua pihak. Sebanyak 100 orang pelajar Tingkatan 3 dan Tindakan 5 yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM telah menghadiri majlis ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Idris Bin Haji Ramli.

Cikgu~~cikgu tengah tunggu siapa ni~~ xD
 

 

Welcome~~welcome to our school~~
Selamat datang ke sekolah kita yer~~
 

 

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Idris.. Sedang menandatangankan surat sijil pelajar yang disasarkan untuk mendapat semua A.
 

 

Majlis sedang dijalankan~~ (sunyinya dewan kita……..)
Semua nampak so serious kecuali terdapat seorang pelajar yang curi-curi senyum semacam~
 

 

Saudari Nur Iffa Nasuha sedang mengetuai para pelajar untuk membaca ikrar..
 

Pertandingan Choral Speaking 2012

Tarikh : 24/4/2012
Tempat : Dewan SMK Convent
“Dengan bangganya saya mengumunkan bahawa TMGS telah muncul sebagai naib johan dalam Pertandingan Choral speaking Larut Matang dan Selama 2012!”
Suara sorakan bergema di seluruh pelosok bangunan sekolah yang telah mencapai usia lebih seabad ini. Apatah lagi, TMGS telah berjaya mengatasi saingan terhebatnya, iaitu SMK Convent Taiping, seterusnya meningkatkan lagi nama baik sekolah ini yang dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009.
Namun, di sebalik kebanggaan dalam menewaskan sekolah yang ditubuhkan oleh golongan rahib tersebut, TMGS tetap tumbang dalam tangan SMK St George yang berpegang teguh dengan motonya, iaitu honor, virtutis, praemium yang bermaksud kehormatan, kuasa, pahala.
Maka, muncullah muka-muka warga TMGS yang terkejut dan terpinga-pinga. Kenapa TMGS masih gagal mendudukkan diri sebagai Johan Daerah? Kenapa?
Menurut pengadil-pengadil pertandingan tersebut, pasukan SMK St George yang memberikan persembahan bertemkan “Beautiful Malaysia”, iaitu “Malaysia yang Indah”, telah menawan hati para pengadil dengan persembahan yang sangat menarik dan gaya yang pelbagai. Jika dibandingkan dengan pasukan sekolah TMGS yang menyajikan persembahan bertemakan “Child Abuse”, yakni penderaan kanak-kanak, dan bertajuk “The Cry For justice”, sudah terang lagi bersuluh, TMGS telah mengemukakan sebuah topic yang agak serius, berbanding dengan Johan yang ternyata lebih mudah menceriakan persembahan dengan tema yang dipegang oleh mereka.
Kami warga TMGS ingin mengucapkan setinggi-tingginya Tahniah dan Syabas kepada wakil sekolah kerana telah berjaya menempatkan diri sebagai Naib Johan Pertandingan. Harapan sekolah, TMGS akan kembali dengan penuh semangat dan disegani pihak lawan pada masa akan datang, sekaligus bergelar sebagai Johan Choral Speaking bukan sahaja di Peringkat Daerah, malah di peringkat negeri dan kebangsaan.
TMGS BOLEH!
Konduktor pasukan TMGS ialah Samel Sarmila dari kelas 501!
Dia memimpim pasukan TMGS dengan confident yang tinggi~

eh? Kenapa semua pandang ke kiri? Ada apa tu?? Nak tengok juga~~

Muka-muka peserta choral speaking yang tersenyum gembira~

Piala-Piala Perak yang dimenang oleh pasukan Choral Speaking TMGS