Archive | April 2012

Lagu Sekolah

School Anthem

Treacher Girls’ School hail to thee, 
Thou art to our hearts most dear, 
In all our work and play, 
Thoughts of thee are ever near, 
We would honour thee this hour, 
We would ever sing thy praise, 
For we know thy worth, 
Here good thoughts have birth, 
Thou hast guided in right ways.


Composed by

                                                   THE LATE MR. K. C. YEOH

School Anthem

A harvest of LOVE

Would you care if you have never been cared for? Would you love if you have never been loved? Would you give if you have never received?

Erin was such a blessing in life. She came, heaven-seat, a catalyst of joy. But, her departure was too abrupt. Should I share her gift of love and of life with others? Or should I selfishly keep them to myself? What would you do, if you were in my place?

‘’I am sorry, Puan,’’ the doctor dropped the bombshell. ‘’We have exhausted all our resources. Your daughter is brain-dead.’’

His sombre words ripped the very core of my heart apart. I stole a glance at my only child, hooked by countless tubes and wires to the life-support machine. She seemed so frail, almost ethereal.

‘’But, Puan,’’ the doctor added. I looked up hopefully. ‘’Is organ donation is something you might want to consider?’’

*                                     *                                   *                               *
‘’No ! ! !’’ I screamed as Erin crossed the road home. Erin looked up, just as a huge lorry zoomed past. ‘’Bang ! ! ! ! !’’ I stood transfixed to the ground, replaying the scene blow-by-blow until it reached the ultimate finale. Erin gaily walking across the road she had grown to trust; a smile etched across her angelic face.  Then, the lines of confusion as she glanced at me. Terror, as she saw the chariot of death. Her body fell gracefully, arching to perfection. It was all over in a matter of seconds. After all, what chance did a ten year-old stand against tones of metal?

She came from paradise perfect, God’s masterpiece.  And she should return to the Creator unblemished. But, what would Erin want me to do? I have seen a retired swimmer putting his son through the paces.  A mother sculpting her daughter’s hair neatly into a ballerina’s bun. No, we are not trying to orchestrate their lives. We are not even asking for a second chance. All we want is for them to carry our unfinished hopes and dreams. In this case, is this my wish for her, or her wish?

I walked away. Footsteps reverberated throughout the desolate corridors, making me aware of the absence of Erin’s pattering ones.

‘’Mummy, when can I go out to play?’’ I stopped dead in my tracks. Erin had asked a similar question a couple of days ago. Curiosity got the better of me as I headed towards the voice.

‘’When you get better, dear,’’ was the reply.
What came next was truly unexpected. ‘’But when will I get better?’’
That was the voice of an innocent child asking for another chance at life. At such a tender age, the world was supposed to be her playground, not her torture chamber. I saw her mother clad in a white tudung enveloping her in a tight embrace; she had no answer to her daughter’s simple question. But, what if I have? Only that I refuse to?

I ventured further. I saw children of diverse ethnics awaiting their sentence. They are all on the waiting list for organ transplant, the doctor on duty told me. ‘’But organ donors are hard to come by,’’ he sighed. I bit my lips.

‘’Children have the amazing ability from recover even the most severe form of illness. They show incredible resilience,’’ the doctor continued as we came to the play area. A few children were playing there; listless yet not without satisfaction. Again I noted, they were of different walks of life. Something tugged at my memory.

‘’Mummy, what is 1 Malaysia about?’’ Erin had questioned after returning from school. I looked straight into the clear eyes of my inquisitive ten year-old, desperately extricating remnants of a newspaper article I had read a few days before my memory.

‘’It is derived from the founding tenets of our nation, based on principles of acceptance, meritocracy and equality. A clarion call for all Malaysians, irrespective of races and religious beliefs, to unite as one,’’ I bombarded her mind with words beyond her comprehension.

‘’No, that is not really what 1 Malaysia is all about,’’ She indignantly stated. I stared at her in disbelief. ‘’What is it then?’’ I inquired.

‘’It is all about love. From loves come understanding and acceptance. There is a need for us to love one another without prejudice. We are truly 1 Malaysia only when we are a nation of love,’’ Erin spoke with wisdom beyond her age.

Simple words, yet indelibly profound. True, I agreed. We will not discriminate if we love. We will share the abundance of this land of milk and honey if we care. Then, we will lend a helping hand; made one by a common value of love.

‘’Just listen, and love, mummy,’’ Erin had said with conviction.
And so I did. I listened to the world’s conscience – to my own moral compass. I listened to the anguish of children in devastating suffering. Above all, I listened to the cry of humanity.

The world has evolved. It used to be much easier to understand. When the question was just – do you love or hate? Now, the question is : Who do you love more – the people out there, or your lifeless daughter?

I signed the consent form.

Erin had given me her gift of love and of life. It was only fair that I should share it with others. All around me, I witnessed miracles taking place. A blind Indian boy viewing the world for the very first time with Erin’s pair of bright eyes.  A Chinese girl, scorched beyond recognition by the fury of fire, getting a brand new lease of life. The very same Malay girl, now able to embrace life as it is.

From then on, there was a strong sense of belonging and of compassion. I watched a single harvest of love transcended all racial barriers. Communities united. And I witnessed 1 Malaysia unfold; propounded by Erin’s theory of love – her gift of life.

In retrospect, I began to comprehend – there is nothing that love cannot do.

By: Esther Hor Shan Lin

Kafe SIBER

 

Pada alaf 21 ini, hiburan berbentuk siber seumpama cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di bandar-bandar.  Fenomena ini telah membangkitkan kegelisahan masyarakat di negara kita. Pelbagai saluran digunakan untuk melahirkan pandangan positif dan negatif terhadap isu itu. Namun, belum ada kata putus sama ada penubuhan kafe siber di negara ini mendatangkan lebih banyak kesan baik atau kesan buruk. Sesungguhnya, kafe siber di negara ini mempunyai banyak kesan baik dan buruknya.

Antara kesan baik penubuhan kafe siber termasuklah seseorang itu boleh mencari maklumat atau informasi di kafe siber. Bagi mereka yang tidak mempunyai computer di rumah, kafe siber boleh dikatakan medan maklumat. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja dapat mencari maklumat, malah dapat merelakskan diri mereka. Antara contoh maklumat yang boleh dicari termasuklah mengenai pelajaran, kesihatan dan berita semasa. Bukankah hal ini serampang dua mata? Oleh itu, anda boleh mencari maklumat di kafe siber sekiranya anda tidak mempunyai computer atau internet di rumah.

Selain itu, kafe siber juga merupakan pusat hiburan. Hal ini kerana, anda boleh menikmati pelbagai hiburan di kafe siber. Antara contohnya, muzik, permainan, video dan sebagainya. Di samping itu, melalui kafe siber, bakat seseorang dapat dicungkil dan diasahkan, bak kata pepatah, ada kemenyan sebesar lutu pun jika tidak dibakar tidak akan berbau. Selain itu, melalui kafe siber, seseorang boleh berkenalan dengan kawan yang berlainan bangsa, agama, budaya dan negara.  Oleh itu, pergilah ke kafe siber daripada anda membazirkan masa dengan omong kosong dan melepak.

Di samping itu, melalui kafe siber, seseorang boleh berkomunikasi dengan semua orang dari seluruh negara dengan menggunakan alat elektronik. Tahukah anda bahawa hanya di hujung jari, kita boleh berkomunikasi? Selain itu, kafe siber juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Antara contohnya, sesama keluarga, kawan dan sebagainya. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara, alat elektronik tentu menjadi pilihan mereka untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga mereka. Oleh itu, kafe siber juga boleh dikatakan pusat komunikasi yang baik.

Walau bagaimanapun, kafe siber juga mempunyai kesan buruk. Antara kesan buruknya termasuklah pelajaran muda-mudi akan terjejas dan terganggu. Hal ini kerana, sesetengah muda-mudi akan ponteng sekolah untuk pergi ke kafe siber. Apakah tujuan mereka untuk pergi ke kafe siber? Mencari maklumat?  Tentulah TIDAK! Mereka pergi ke kafe siber kerana mereka ingin bermain permainan! Oleh itu, ibu bapa haruslah menjaga anak mereka agar anak mereka tidak ponteng sekolah semata-mata bermain permainan di kafe siber.

Selain itu, kafe siber juga mendatangkan kesan sosial yang negatif. Hal ini kerana, bahan-bahan yang terdapat dalam alam maya pelbagai jenisnya. Antaranya contohnya, budaya kuning, unsure keganasan, seks dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut menyebabkan pemuda-pemudi keruntuhan  akhlak akibat kebebasan media. Malah, boleh dikatakan salah laku muda-mudi hari ini disebabkan mereka terdedah kepada dadah, filem lucah dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa harus mengawasi anak mereka dengan baik.

Selain itu, kafe siber juga boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Hal ini kerana, seseorang itu akan kurang melakukan senaman fizikal sekiranya duduk di depan computer berjam-jam. Tahukah anda, bahawa seseorang harus bersenam sekurang-kurangnya dua jam setiap minggu untuk memiliki tubuh badan yang sihat? Bak kata pepatah, badan sihat, otak cergas. Kalau tidak, pelbagai jenis penyakit boleh menyerang tubuh badan kita pada bila-bila masa sahaja. Antara contohnya, obesity dan sakit kaki. Oleh itu, senaman amat penting untuk memiliki tubuh badan yang sihat.

Secara justifikasinya, kafe siber merupakan pusat yang penting bagi sesetengah orang. Akan tetapi, sekiranya seseorang itu menyalahgunakan internet, maka teruklah akibatnya. Adakah anda (ibu bapa) rela melihat anak-anak anda terlibat dalam kancah jenayah? Kalau tidak mahu, jagalah anak-anak anda dengan baik sebelum nasi menjadi bubur.semoga masyarakat era 21 ini tidak menyalahgunakan kafe siber yang terdapat di negara ini.

Oleh : Ng Ivon

Persediaan Mencapai Cita-cita

Cita-cita amatlah diperlukan dalam jiwa setiap insan di duniawi ini. Tanpa cita-cita, manusia tersebut adalah ibarat sebuah kapal yang sedang belayar tanpa arah tujuan. Cita-cita seseorang sentiasa terpendam dalam hatinya sejak di bangku sekolah, misalnya untuk menjadi seorang pramugari, juruterbang, doktor, dan sebagainya. Hakikatnya, cita-cita manusia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan waktu atas pelbagai faktor, seperti tahap kematangan, minat, dan kemahiran yang dimiliki. Begitu juga dengan saya yang pernah bercita-cita untuk menjadi penulis, guru, atau pengatur cara komputer.Namun, setelah saya mempertimbangkan bakat dan minat saya, saya meletakkan nekad untuk menjadi seorang usahawan, dalam bidang perhotelan pada masa kelak. Hal ini kerana, saya amat kagum dengan kepesatan sektor perhotelan negara yang merupakan penggerak ekonomi dalam sektor pelancongan negara. Kemajuan ini jelas dilihat dalam pembinaan hotel yang banyak di tanah air dewasa ini, persis kata pepatah, “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”.

Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Oleh itu, sebagai langkah pertama untuk merealisasikan impian saya, saya perlu memilih mata pelajaran yang relevan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ataupun lebih dikenali dengan akronim SPM. Antara subjek yang perlu saya peroleh kecemerlangan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, dan Perdagangan. Pada masa ynag sama, kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan batu loncatan kepada saya dalam bidang ini. Oleh hal yang demikian, saya akan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol, dan Bahasa Jerman, di sampong memperkasa kemahiran saya dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Dengan cara ini, saya dapat berinteraksi dengan pelancong dari seluruh pelosok dunia dengan mudah, sekaligus mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai duta kecil tanah air.

Selain itu, saya akan berusaha memperoleh pengalaman untuk memperoleh kemahiran asas dalam industri perhotelan dengan bekerja sambilan di rangkaian hotel-hotel tersohor, seperti Hotel Flemington, Hotel SSL Traders, dan Hotel Seri Malaysia. Bak kata mutiara, “jauh berjalan, luas pengalaman”. Saya akan memanaatkan masa cuti sekolah akhir tahun dan masa selepas SPM dengan bekerja sebagai juruwang atau pelayan di hotel-hotel tersebut. Hal ini adalah keranan saya sedar bahawa ‘perjalanan beribu-ribu batu bermula dengan langkah pertama”. Pengalaman kerja yang ditimba ini akan berfungsi sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal kepada saya demi mencapai cita-cita saya. Hal ini adalah kerana saya telah mengetahui selok-belok dalam bidang ini dan lebih yakin untuk menempa kecemerlangan dalam bidang ini.

Langkah saya yang seterusnya ialah melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan di peringkat menara gading dalam negara ataupun di luar negara. Antara institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang perhotelan ialah kolej Pelancongan ATIC, Univesiti Sunway, dan Universiti Kebangsaan Malaysia. saya akan cuba mendapatkan tempat di universiti tersebut demi mempersiapsiagakan diri dengan ilmu dalam bidang perhotlan. Saya juga percaya bahawa institusi pengajian tempatan mampu melahirkan bakal usahawan yang berkaliber dan berkualiti, serta mempunyai kemudahan pendidikan yang setaraf dengan universiti-universiti di luar negara. Persis kata mutiara, “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Saya akan menimba sedalam ilmu yang mungkin dalam bidang ini agar dapat mengadakan francais perhotelan bertaraf antarabangsa sendiri yang masyhur sehingga dapat membuka mata di duni tentang kehebatan Malaysia dalam sektor pelancongan. Dalam pada itu, saya akan menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah supaya dapat menimba lebih banyak ilmu tentang ilmu perhotelan dan meluaskan horizon pemikiran. Saya turut berharap agar dapat diiktiraf oleh dunia sebagai seorang usahawan wanita yang berjaya dan disegani.

Seyogianya, saya akan mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak swasta untuk memotivasikan dii agar dapat menempa kejayaan yang lebih besar dalam bidang ini. antara kursus yang dapat saya ikuti ialah Kursus Usahawan Berjaya dan Kursus Langkah Awal menjadi Jutawan. Saya berpeluang bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan seperjuangan melalui kursus tersebut agar memudahkan diri untuk merangka strategi bagi mengembangkan perniagaan saya. Pada masa yang sama, saya dapat mempelajari cara-cara menarik pelancong asing ke hotel saya dan bentuk perkhidmatan yang terbaik. Bagi mengorak langkah pertama saya untuk menguruskan hotel sendiri, saya akan berusaha mendapatkan bantuan modal dari pelbagai institusi kewangan. Saya akan memulakan rangkaian hotel saya secara kecil-kecilan kerana bidang ini menelan modal yang besar. Saya turut akan memastikan bahawa hotel saya menawarkan perkhidmatan kelas pertama. Selain daripada menyediakan bilik-bilik penginapan yang dilengkapi dengan perabot yang bermutu dan selesa, saya juga akan melengkapkan hotel saya dengan pelbagai prasarana seperti kolam renang, bilik gim, dan perkhidmatan spa. Saya turut akan menggaji tukang masak yang hebat untuk menyediakan makanan yang bervariasi dan menyelerakan demi kepuasan para penginap. Walau bagaimanapun, saya akan mengamalkan konsep mesra alam di hotel saya dengan memasang peralatan elektrik yang menjimatkan penggunaan elektrik. Selain daripada menjimatkan kos, saya juga dapat membantu melestarikan alam sekitar. Saya turut akan mempromosikan rangkaian hotel saya di program-program pelancongan antarabangsa, seperti Pesta MATTA. Setinggi-tinggi cita-cita yang saya dukung tidak akan tercapai tanpa usaha yang berterusan dan sikap peramah dan dedikasi terhadap kerjaya saya. Oleh tiu, saya harus mencurahkan uaha dan daya inisiatif yang utuh demi merealisasikan cita-cita saya. Bak kata mutiara, “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Saya tidak akan melengah-lengahkan masa untuk berusaha demi mencapai bintang. Bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?” Saya percaya saya dapat melakukannya!

Oleh : Sharon Ng Huey Yuek

Langkah-Langkah untuk Mengukuhkan Perpaduan dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!

Oleh : Sharon Ng Huey Yuek

Kebaikan Penyertaan Murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

“Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa”. Malaysia memerlukan tenaga pemuda dan bakal pemimpin untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara ini pada masa hadapan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semau pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum demi melahirkan insan yang seimbang. Kegiatan kokurikulum dapat ditafsirkan sebagai kegiatan sekolah yang dijalankan di luar waktu persekolahan dan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kegiatan sekolah unit beruniform, persatuan, serta sukan dan permainan.

Aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar yang seimbang dalam semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. antara maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar. Setiap persatuan pasti mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk menerajui pergerakan persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli-ahli jawatankuasa kecil, dan juruaudit. Pelajar-pelajar yang terpilih akan bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli. Oleh itu, mereka berpeluang mempersiapkan diri untuk memikul tugas-tugas sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan dihormati dan disegani oleh rakan-rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin adalah secara demokrasi, pelajar-pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka secara adil dan harmoni.

Seterusnya, kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar untuk menyokong aspirasi “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Yang berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai kehiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut. Dengan cara ini, perpaduan dan permuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar sekolah kerana “Perpaduan Teras Kejayaan”.

Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri, Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan dalam sesebuah pertubuhan tidak dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu, kegiatan kokurikulum terutamanya kegiatan badan-badan beruniform dapat membentuk pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya amat penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja.

Pada masa yang sama, para pelajar dapat mengasah bakat dan kemahiran mereka tatkala menyertai persatuan atau mana-mana kegiatan sukan yang diminati oleh mereka, misalnya Persatuan Komputer, Kelab Catur, dan Kelab Keceriaan. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan secara aktif dapat menyerlahkan bakat mereka sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka, seterusnya memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan, dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan bakat mereka dalam kehidupan harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Sebagai intihanya, murid-murid wajar menyertai aktiviti kokurikulum dengan aktif untuk menggalakkan perkembangan diri yang sihat dalam pelbagai aspek dan bukannya sebagai profesor dalam dewan peperiksaan sahaja. Marilah kita sedar dan berganding bahu mempersiapkan diri sebagai bakal pemimpin negara dengan menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif dari sekarang, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sememangnya manusia yang cemerlang adalah manusia yang berkemahiran dalam pelbagai bidang dan bukannya sebagai alat peperiksaan sahaja.

Oleh : Sharon Ng Huey Yuek

Nilai-Nilai Murni yang Perlu Saya Amalkan untuk Memupuk Perpaduan dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib b. Tun Razak, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang terkini sentiasa mewar-warkan gagasan “Satu Malaysia”, yakni perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini oalah “Satu Malaysia Menjana Transformasi”, yang dapat didefinisikan sebagai masyarakat yang bersatu-padu dapt membawa perubahan yang besar kepada negara. Namun, sebelum mencapai perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini, rakyat Malaysia harus mempunyai beberapa nilai murni dalam jiwa raga sendiri. Apatah lagi, sebagao sebuah negara bawah agin, masyarakat Malaysia memang terkenal dengan nilai-nilai murni yang menebal dalam kalangan rakyat.

Sebagai aspek utama dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyaat Malaysia, saya harus mengamalkan nilai toleransi. Seperti yang kita sedia maklum,masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, cina, dan India, serta kaum-kaum minoriti yang lain. Oleh itu, saya harus memahami sensitiviti kaum lain dari segi kebudayaan, amalan keagamaan dan pantang larang kaum masing-masing. Dalam sesetengah keadaan yang tertentu juga, saya wajar menerima pandangan mereka dalam aspek kepercayaan dan pengamalan sosial. Tamsilnya, saya tidak harus mempersoalkan laungan azan daripada orang Islam dan pembakaran kemenyan daripada penganut agama Hindu.

Di samping itu, saya mesti mengamalkan nilai bekerjasama untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam melaksanakan tugasan-tugasan sekolah atau kegiatan-kegiatan masyarakat dengan rakan taulan, saya mesti memberikan sokongan yang padu dan sinergi yang berkekalan kepada mereka. Bak kata pepatah, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Saya tidak harus memilih rakan untuk bekerjasama dengan saya berdasarkan kaum. Dari segi sosial pula, saya akan membantu jiran tetangga dalam aktiviti gotong-royong dan bekerjasama “bagai aur dengan tebing”.

Seterusnya, saya mesti mempraktikkan nilai keadilan dalam sanubari agar perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikekalkan. Saya tidak harus mengamalkan sikap berat sebelah dalam apa-apa jua tindakan yang saya lakukan. Sebagai contoh, apabila saya dipilih sebagai pengerusi persatuan atau ketua kumpulan, saya akan memilih ahli jawatankuasa berdasarkan kebolehan masing-masing. Saya turut tidak akam mengemukakan komentar buruk terhadap hasil kerja daripada titik peluh rakan-rakan daripada pelbagai kaum, apatah lagi memandang serong dan memperlekehkan kemahiran mereka.  Sekiranya saya dikehendaki menyelesaikan sesuatu perbalahan, saya akan menilai masalah tersebut berdasarkan bukti yang nyata dan bukannya berdasarkan warna kulit. Dengan langkah-langkah tadi, perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, nilai hemah tinggi juga harus saya aplikasikan dalam kehidupan seharian. Lihatlah kes seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, iaitu Wee Meng Chee ataupun dikenali sebagai “Namewee”, yang telah menukarkan lagu kebangsaan kepada lagu yang berunsur “Rap” berjudul “Negarakuku”. Lagu tersebut dipenuhi dengan bahasa basahan dan unsur-unsur yang menghina kaum lain dan mencabar kedaulatan negara, sehingga terdapat sesetengah rakyat yang menyarankan agar Namewee dilucutkan kerakyatan! Semasa berkomunikasi dengan sesiapa pun tanpa mengira bangsa, saya akan mempraktikkan budaya “4M”, iaitu memberikan senyuman, memberi salam, memohon maaf, dan mengucapkan terima kasih mengikut keadaan. Saya tidak akan bersikap biadap seperti tidak menjaga tutur kata serta mengucapkan bahasa kasar kepada orang sekeliling. Apabila setiap rakyat Malaysia bersikap hemah tinggi, nescaya persefahaman antara kaum dapat dicapai dan meningkatkan imej negara di persada dunia.

Seterusnya, saya wajar mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Agama memang dijadikan sebagai landasan rakyat untuk menyemaikan keperibadian yang murni, sementara pelbagai filsafat dapat diperoleh daripada ajaran pelbagai agama. Bak kata pujangga, “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”. saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama yang menyarankan saya agar berjasa kepada orang sekeliling dan tidak mencaci mereka. Sejajar dengan itu, saya juga akan menghormati amalan agama-agama lain dan menjaga perasaan mereka. Saya percaya sekiranya rakyat Malaysia sering menjaga sensitiviti penganut agama yang berlainan, kita dapat hidup dengan aman damai, sementara perkara=-perkara yang menyebabkan kepincangan antara penganut agama yang berlainan, kita dapat hidup dengan aman damai, sementara perkara-perkara yang menyebabkan kepincangan antara penganut agama  yang berlainan dapat dihindari, seperti kes pembakaran gereka yang berlaku pada awal tahun.

Konklusinya, terdapat pelbagai nilai murni yang harus saya amalkan jika saya ingin memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia hanya dapat dicapai apabila rakyat Malaysia sanggup menyumbangkan daya usaha dan kerjasama yang padu kepada kerajaan untuk membina integrasi nasional, bak kata pujangga, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan integrasi kebangsaan yang kukuh merupakan batu asas untuk membina sebuah negara yang maju dan disegani oleh negara-negara lain kerana “Perpaduan Teras Kejayaan”. Marilah kita bersama-sama mewujudkan perpaduan dalam negara untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia dan seterusnya Wawasan 2020 demi masa depan negara yang gilang-gemilang. Saya percaya bahawa Malaysia boleh!

Oleh : Sharon Ng Huey Yuek

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Tarikh    :  27 Januari 2012

Tempat  :  Dewan

Masa     :  3.00 peteng

Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah dilangsungkan dengan amat berjaya. Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini telah diketuai oleh Encik Adnan bin Abdul Rahman. Manakala, Encik Mohd Nazaimi Bin Ngatijah turut merupakan penasihat kepada Encik Adnan.

Visi PIBG sekolah kita ialah sering dan sederap dengan pihak sekolah dalam melahirkan murid yang berilmu, berkeperibadian unggnl dan seimbang bersesuaian dengan moto sekolah. Manakala, misi PIBG adalah sentiasa bersedia menyokong dan membantu pihak sekolah dalam apa jua program untuk kepentingan murid dari segi sasiah, akademik dan kokurikulum. Selain itu, meningkatkan dana sedia ada PIBG melalui penganjuran aktiviti yang boleh menjanakan pendapatan selain sumbangan dari pihak tertentu turut merupakan misi PIBG. Seterusnya, misi yang lain ialah meningkatkan kemesraan sesama ahli dan menyediakan komunikasi serta hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.


Gambar En. Adnan bin Abdul Rahman semasa datang ke sekolah kita~~

 

Cikgu~~kenapa gembira sanggat??bagi tahu saya biar kita ketawa bersama-sama~~ xDD

 

En. Adnan bin Abdul Rahman sedang melancarkan mesyuarat agung tahun ini~~ (cikgu~~cikgu tengah tengok apa??saya pun nak tengok~~)

 

Puan Wong  Nai Nguk sedang menyampaikan laporan beliau~~ (cemerlangnya sekolah kita~~ xDD)

 

Puan Sharifah, PK HEM sedang membacakan laporan sekolah kita~~

 

Encik Baderol, PK Kokurikulum sedang menyampaikan ucapan beliau..

 

Ibu bapa tengah mengemukakan cadangan dan pendapat mereka~~

Majlis Anugerah Kokurikulum 2011

Tarikh : 9 November 2011

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Padang sekolah

Majlis anugerah kokurikulum telah dijalankan dengan lancar serta berjaya setiap tahun dengan kehadiran tetamu kehormat kita, En. Khor Hong Yin, Pengarah Eksekutif Majlis Pendidikan Methodist sebagai perasmi majlis tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menganugerahkan pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aspek kokurikulum dengan menyertai pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan serta antarabangsa. Selain itu, majlis ini diadakan setiap tahun adalah untuk menyemarakkan dan memperkasakan semangat palajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dapat mengharumkan serta mempopularkan nama baik dan imej sekolah di persada antarabangsa.

Para pelajar dan guru yang aktif telah diberi penekanan serta pengharapan yang amat tinggi oleh warga sekolah kita.  Mereka yang telah mencipta kejayaan yang unggul amat dihargai. Pihak sekolah juga mengisytiharkan mereka sebagai tokoh-tokoh kokurikulum sebagai tanda penghargaan terhadap harapan yang telah dicapai.

Tokoh kokurikulum pelajar tahun 2011 ialah Dhaarshynni a/p Duraragh kelas 402. Manakala itu, tokoh kokurikulum staff akademik ialah

 Ketibaan tetamu kehormat En. Khor Hong Yin diiringi bersama-sama mantan Puan Pengetua TMGS.

 

Panjangnya benteng unit uniform kita !

 


Pemeriksaan perbarisan Unit Uniform oleh En. Khor Hong Yin.

 

Ucapan mantan Puan Pengetua, Puan Hajah Noriza binti Dato’ Sulaiman.

Majlis Ikrar Gemilang 2012

Tarikh   : 10 Februari 2012

Tempat : Dewan SMK (P) Treacher Methodist

Masa      : 3.00 petang

Majlis Ikrar Gemilang 2012 telah dilancarkan dengan berjaya atas kerjasama semua pihak. Sebanyak 100 orang pelajar Tingkatan 3 dan Tindakan 5 yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM telah menghadiri majlis ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Idris Bin Haji Ramli.

Cikgu~~cikgu tengah tunggu siapa ni~~ xD
 

 

Welcome~~welcome to our school~~
Selamat datang ke sekolah kita yer~~
 

 

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Idris.. Sedang menandatangankan surat sijil pelajar yang disasarkan untuk mendapat semua A.
 

 

Majlis sedang dijalankan~~ (sunyinya dewan kita……..)
Semua nampak so serious kecuali terdapat seorang pelajar yang curi-curi senyum semacam~
 

 

Saudari Nur Iffa Nasuha sedang mengetuai para pelajar untuk membaca ikrar..