Archives

Pertandingan Choral Speaking 2012

Tarikh : 24/4/2012
Tempat : Dewan SMK Convent
“Dengan bangganya saya mengumunkan bahawa TMGS telah muncul sebagai naib johan dalam Pertandingan Choral speaking Larut Matang dan Selama 2012!”
Suara sorakan bergema di seluruh pelosok bangunan sekolah yang telah mencapai usia lebih seabad ini. Apatah lagi, TMGS telah berjaya mengatasi saingan terhebatnya, iaitu SMK Convent Taiping, seterusnya meningkatkan lagi nama baik sekolah ini yang dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009.
Namun, di sebalik kebanggaan dalam menewaskan sekolah yang ditubuhkan oleh golongan rahib tersebut, TMGS tetap tumbang dalam tangan SMK St George yang berpegang teguh dengan motonya, iaitu honor, virtutis, praemium yang bermaksud kehormatan, kuasa, pahala.
Maka, muncullah muka-muka warga TMGS yang terkejut dan terpinga-pinga. Kenapa TMGS masih gagal mendudukkan diri sebagai Johan Daerah? Kenapa?
Menurut pengadil-pengadil pertandingan tersebut, pasukan SMK St George yang memberikan persembahan bertemkan “Beautiful Malaysia”, iaitu “Malaysia yang Indah”, telah menawan hati para pengadil dengan persembahan yang sangat menarik dan gaya yang pelbagai. Jika dibandingkan dengan pasukan sekolah TMGS yang menyajikan persembahan bertemakan “Child Abuse”, yakni penderaan kanak-kanak, dan bertajuk “The Cry For justice”, sudah terang lagi bersuluh, TMGS telah mengemukakan sebuah topic yang agak serius, berbanding dengan Johan yang ternyata lebih mudah menceriakan persembahan dengan tema yang dipegang oleh mereka.
Kami warga TMGS ingin mengucapkan setinggi-tingginya Tahniah dan Syabas kepada wakil sekolah kerana telah berjaya menempatkan diri sebagai Naib Johan Pertandingan. Harapan sekolah, TMGS akan kembali dengan penuh semangat dan disegani pihak lawan pada masa akan datang, sekaligus bergelar sebagai Johan Choral Speaking bukan sahaja di Peringkat Daerah, malah di peringkat negeri dan kebangsaan.
TMGS BOLEH!
Konduktor pasukan TMGS ialah Samel Sarmila dari kelas 501!
Dia memimpim pasukan TMGS dengan confident yang tinggi~

eh? Kenapa semua pandang ke kiri? Ada apa tu?? Nak tengok juga~~

Muka-muka peserta choral speaking yang tersenyum gembira~

Piala-Piala Perak yang dimenang oleh pasukan Choral Speaking TMGS

Pelantikan Pengawas 2012

Tarikh   : 19 Januari 2012

Tempat  : Dewan SMK (P) Treacher Methodist

Taniah telah diucapkan kepada semua pengawas menengah atas dan menengah rendah di sekolah kita. Hari ini merupakan hari yang amat penting kepada mereka yang akan dilantik. Satu memorabilia telah ditinggalkan kepada mereka dalam sepanjang hayat mereka. Majlis ini diadakan khusus untuk melantik pengawas baru di sekolah kita. Ini merupakan satu tanda penghargaan terhadap mereka yang amat berjasa kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada sekolah kita. Majlis ini dengan segala hormatnya telah dirasmikan oleh Puan Hajah Noriza bt Dato’ Sulaiman, pengetua SM Sains Raja Tun Azlan Shah.

Hari ini turut merupakan hari perasmian bagi bilik Anjung Bitara, iaitu bilik pengawas. Bilik ini mula dibina pada tahun lepas dan telah disiapkan pada tahun ini. Bilik Anjung Bitara telah  digunakan semasa  menggadakan mesyuarat dan  memproseskan hal-hal displin pelajar.  Peraturan-peraturan sekolah turut dicetak dan diletakkan dalam bilik ini untuk mengingatkan para pelajar supaya tidak melanggar peraturan.

Three..Two..One….Smile~~~ xDD
 
 
wow~~banyaknya pengawas~~jangan bersembang..nanti kena tangkap pula~~shhhhhh…..
 
 
wah~~banyaknya peraturan…berhati-hati yer..jangan terlanggar peraturan ya~~
 
 
Tanda tangan Puan Hajah Noriza~~
 
 
Gambar para pengawas menengah rendah~~ Pelajar yang kat tengah tu..kenapa ada space di antara kamu punya?? bergaduh ke..? xD
 
 
Gambar para pengawas menengah atas~~
 
 
Majlis makan selepas pelantikan pengawas..cikgu~~saya pun nak~~ xP
 

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga selaku Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada majlis pelancaran di sini, Timbalan Perdana Menteri melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping.

Dengan bangganya~ sekolah kita (TMGS) teleh menyertainya acara yang besar ini~~

Para pelajar TMGS yang bersemangat menyertai larian satu murid satu sukan satu Malaysia.


 

Apakah yang dua budak ini buat? Main handphone? Aduhai~

 


Guru-guru TMGS yang juga bersemangat siap sedia.

eh? Cikgu Khadijah memeluk begnya dengan erat?

“Cikgu~ ada harta yang mahal ka??”

cikgu: tak de tak de, saja nak peluk 

betul ke? tak caya, mesti ada harta karun kot~


 

Nampaknya Tuan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat gembira~
agaknya apa yang difikirkannya??


 

kanak-kanak yang kurang berupaya juga berpeluang menyertai larian ini~~


 

aduh~ apakah yang dua budak ini buat sambil lari? berpegang pegang tangan~ romantiknya~
sayangnya, saya tiada~ (orang ramai: siapa nak peduli kamu?)