Pertandingan Choral Speaking 2012

Tarikh : 24/4/2012
Tempat : Dewan SMK Convent
“Dengan bangganya saya mengumunkan bahawa TMGS telah muncul sebagai naib johan dalam Pertandingan Choral speaking Larut Matang dan Selama 2012!”
Suara sorakan bergema di seluruh pelosok bangunan sekolah yang telah mencapai usia lebih seabad ini. Apatah lagi, TMGS telah berjaya mengatasi saingan terhebatnya, iaitu SMK Convent Taiping, seterusnya meningkatkan lagi nama baik sekolah ini yang dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009.
Namun, di sebalik kebanggaan dalam menewaskan sekolah yang ditubuhkan oleh golongan rahib tersebut, TMGS tetap tumbang dalam tangan SMK St George yang berpegang teguh dengan motonya, iaitu honor, virtutis, praemium yang bermaksud kehormatan, kuasa, pahala.
Maka, muncullah muka-muka warga TMGS yang terkejut dan terpinga-pinga. Kenapa TMGS masih gagal mendudukkan diri sebagai Johan Daerah? Kenapa?
Menurut pengadil-pengadil pertandingan tersebut, pasukan SMK St George yang memberikan persembahan bertemkan “Beautiful Malaysia”, iaitu “Malaysia yang Indah”, telah menawan hati para pengadil dengan persembahan yang sangat menarik dan gaya yang pelbagai. Jika dibandingkan dengan pasukan sekolah TMGS yang menyajikan persembahan bertemakan “Child Abuse”, yakni penderaan kanak-kanak, dan bertajuk “The Cry For justice”, sudah terang lagi bersuluh, TMGS telah mengemukakan sebuah topic yang agak serius, berbanding dengan Johan yang ternyata lebih mudah menceriakan persembahan dengan tema yang dipegang oleh mereka.
Kami warga TMGS ingin mengucapkan setinggi-tingginya Tahniah dan Syabas kepada wakil sekolah kerana telah berjaya menempatkan diri sebagai Naib Johan Pertandingan. Harapan sekolah, TMGS akan kembali dengan penuh semangat dan disegani pihak lawan pada masa akan datang, sekaligus bergelar sebagai Johan Choral Speaking bukan sahaja di Peringkat Daerah, malah di peringkat negeri dan kebangsaan.
TMGS BOLEH!
Konduktor pasukan TMGS ialah Samel Sarmila dari kelas 501!
Dia memimpim pasukan TMGS dengan confident yang tinggi~

eh? Kenapa semua pandang ke kiri? Ada apa tu?? Nak tengok juga~~

Muka-muka peserta choral speaking yang tersenyum gembira~

Piala-Piala Perak yang dimenang oleh pasukan Choral Speaking TMGS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s