Kafe SIBER

 

Pada alaf 21 ini, hiburan berbentuk siber seumpama cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di bandar-bandar.  Fenomena ini telah membangkitkan kegelisahan masyarakat di negara kita. Pelbagai saluran digunakan untuk melahirkan pandangan positif dan negatif terhadap isu itu. Namun, belum ada kata putus sama ada penubuhan kafe siber di negara ini mendatangkan lebih banyak kesan baik atau kesan buruk. Sesungguhnya, kafe siber di negara ini mempunyai banyak kesan baik dan buruknya.

Antara kesan baik penubuhan kafe siber termasuklah seseorang itu boleh mencari maklumat atau informasi di kafe siber. Bagi mereka yang tidak mempunyai computer di rumah, kafe siber boleh dikatakan medan maklumat. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja dapat mencari maklumat, malah dapat merelakskan diri mereka. Antara contoh maklumat yang boleh dicari termasuklah mengenai pelajaran, kesihatan dan berita semasa. Bukankah hal ini serampang dua mata? Oleh itu, anda boleh mencari maklumat di kafe siber sekiranya anda tidak mempunyai computer atau internet di rumah.

Selain itu, kafe siber juga merupakan pusat hiburan. Hal ini kerana, anda boleh menikmati pelbagai hiburan di kafe siber. Antara contohnya, muzik, permainan, video dan sebagainya. Di samping itu, melalui kafe siber, bakat seseorang dapat dicungkil dan diasahkan, bak kata pepatah, ada kemenyan sebesar lutu pun jika tidak dibakar tidak akan berbau. Selain itu, melalui kafe siber, seseorang boleh berkenalan dengan kawan yang berlainan bangsa, agama, budaya dan negara.  Oleh itu, pergilah ke kafe siber daripada anda membazirkan masa dengan omong kosong dan melepak.

Di samping itu, melalui kafe siber, seseorang boleh berkomunikasi dengan semua orang dari seluruh negara dengan menggunakan alat elektronik. Tahukah anda bahawa hanya di hujung jari, kita boleh berkomunikasi? Selain itu, kafe siber juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Antara contohnya, sesama keluarga, kawan dan sebagainya. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara, alat elektronik tentu menjadi pilihan mereka untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga mereka. Oleh itu, kafe siber juga boleh dikatakan pusat komunikasi yang baik.

Walau bagaimanapun, kafe siber juga mempunyai kesan buruk. Antara kesan buruknya termasuklah pelajaran muda-mudi akan terjejas dan terganggu. Hal ini kerana, sesetengah muda-mudi akan ponteng sekolah untuk pergi ke kafe siber. Apakah tujuan mereka untuk pergi ke kafe siber? Mencari maklumat?  Tentulah TIDAK! Mereka pergi ke kafe siber kerana mereka ingin bermain permainan! Oleh itu, ibu bapa haruslah menjaga anak mereka agar anak mereka tidak ponteng sekolah semata-mata bermain permainan di kafe siber.

Selain itu, kafe siber juga mendatangkan kesan sosial yang negatif. Hal ini kerana, bahan-bahan yang terdapat dalam alam maya pelbagai jenisnya. Antaranya contohnya, budaya kuning, unsure keganasan, seks dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut menyebabkan pemuda-pemudi keruntuhan  akhlak akibat kebebasan media. Malah, boleh dikatakan salah laku muda-mudi hari ini disebabkan mereka terdedah kepada dadah, filem lucah dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa harus mengawasi anak mereka dengan baik.

Selain itu, kafe siber juga boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Hal ini kerana, seseorang itu akan kurang melakukan senaman fizikal sekiranya duduk di depan computer berjam-jam. Tahukah anda, bahawa seseorang harus bersenam sekurang-kurangnya dua jam setiap minggu untuk memiliki tubuh badan yang sihat? Bak kata pepatah, badan sihat, otak cergas. Kalau tidak, pelbagai jenis penyakit boleh menyerang tubuh badan kita pada bila-bila masa sahaja. Antara contohnya, obesity dan sakit kaki. Oleh itu, senaman amat penting untuk memiliki tubuh badan yang sihat.

Secara justifikasinya, kafe siber merupakan pusat yang penting bagi sesetengah orang. Akan tetapi, sekiranya seseorang itu menyalahgunakan internet, maka teruklah akibatnya. Adakah anda (ibu bapa) rela melihat anak-anak anda terlibat dalam kancah jenayah? Kalau tidak mahu, jagalah anak-anak anda dengan baik sebelum nasi menjadi bubur.semoga masyarakat era 21 ini tidak menyalahgunakan kafe siber yang terdapat di negara ini.

Oleh : Ng Ivon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s